• Rumput barli oleh Fodder Solutions telah diuji kadar zat pemakanannya pada setiap tahap pengeluaran iaitu pada setiap hari pertumbuhannya.
  • kadar zat tertinggi didapati pada hari ke-6 pertumbuhannya iaitu pada hari ianya dituai.
  • keputusan ujian makmal seperti jadual yang tertera di atas menunjukkan kadar zat pemakanan yang tinggi, yang sangat diperlukan oleh ternakan.
  • pecahan kadar zat pemakanan menunjukkan rumput barli mengandungi kandungan protein yang amat tinggi dan tenaga untuk keprluan pelbagai jenis haiwan ternakan.
  • Ia amat disyorkan berbanding bijiran lain disebabkan harganya yang lebih murah dan stabil serta pertumbuhan yang cepat dan kandungan zat pemakanan yang tinggi dan telah terbukti kebaikannya sejak 50tahun yang lalu.
  • Ia juga boleh membantu mempertingkatkan aspek kesihatan ternakan keseluruhannya melaui proses penghadaman yang lebih efisyen berbanding hay atau bijirin.
  • Kajian menunjukkan selain dari ternakan anda kelihatan sihat, ceria dan bertenaga, mereka juga mempunyai daya tahan yang lebih tinggi terhadap jangkitan penyakit, produktiviti yang meningkat dari segi peningkatan berat badan harian yang lebih baik, pengeluaran susu yang lebih tinggi, lebih subur dan anak yang dilahirkan sihat, potensi kelahiran kembar yang meningkat, penjimatan kos langsung dari kos pengeluaran rumput barli yang rendah dan pengurangan kos keseluruhan dari kadar produktiviti yang meningkat, kadar takai(singkir) dan kematian yang menurun serta kos ubat-ubatan yang rendah.