Terhadap aspek operasi dan kewangan projek:
- Tidak memerlukan tanah dan kawasan yang luas.
- Tiada isu pengaruh cuaca atau isu kualiti tanah untuk menanam rumput.
- Tiada proses pembersihan kawasan, penyediaan tanah mahupun sistem pengairan yang menelan kos yang tinggi.
- Penjimatan ke atas harga makanan – harga makanan yang sering meningkat dan pembelian makanan tambahan pada musim hujan dan kemarau.
- Organik dan berpatutan – menghasilkan makanan ternakan yang ekonomikal, semulajadi dan selamat serta sangat mesra alam bermaksud menghasilkan makanan hijau secara organik tanpa bahan kimia dan sisa buangan.
Terhadap kualiti makanan dan ternakan:
Sistem Fodder Solutions adalah amat baik bagi pemakanan biri-biri dan kambing. Kandungan asid yang rendah dalam akar barli menjadikanya selamat untuk dimakan oleh semua jenis ternakan. Malah bagi ternakan yang cerewet juga mampu meningkatkan berat badan dan kondisi badan. Berikut adalah perubahan jelas yang dilihat terhadap ternakan yang memakan akar barli:
- Kadar pertumbuhan berat badan yang menakjubkan.
- Meningkatkan pengeluaran susu.
- Peningkatan kondisi badan (body score) dan kualiti bulu (biri-biri).
- Kualiti daging, warna dan tekstur yang lebih baik (dilapor oleh butchers).
- Membekalkan protein dan tenaga yang tinggi dari kuantiti benih yang kecil.
- Meningkatkan hidrasi dan kurangkan risiko mati akibat stress (cuaca panas).
- Kandungan serat mudah dihadam tinggi – mudah dihadam ke dalam asid lemak dan sedia diserap ke dalam salur darah sebagai sumber tenaga.
- Membekalkan mineral dan vitamin yang tinggi, penting untuk nutrisi ternakan.
- Menyediakan asid amino dan vitamin yang penting untuk mendorong proses pembiakan lebih awal.
- Penghadaman yang tinggi – bila ‘sprouted starch’ bertukar kepada gula asas (Maltose atau Dextrin’s). Gula ini mudah untuk dihadam dan meningkatkan tenaga ternakan.
- Mengurangkan tekanan kepada ibu dan anak – makanan yang dihasilkan boleh dimakan oleh anak seawal umur 7 hari, hasilkan ternakan yang sihat, ibu menghasilkan banyak susu dan lebih produktif.
- Mengurangkan pembaziran makanan.